Agong titah umat Islam sentiasa waspada ajaran sesat

Sultan Ibrahim - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar umat Islam di negara ini sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat atau fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Seri Paduka Baginda bertitah penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang kini semakin membimbangkan khususnya melalui platform media sosial.

Menurut hantran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda hari ini berkenan menerima menghadap Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Nasri Ali.

Pada pertemuan itu, Yahya mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim mengenai usaha-usaha JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor, termasuk langkah pemantauan terhadap cubaan menyebarkan (ajaran sesat) terutamanya mereka dari luar Johor.

Sultan Ibrahim turut bertitah agar umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam di Malaysia untuk berwaspada terhadap ajaran sesat atau fahaman yang menyimpang dari Islam sebenar
  • Penyebaran ajaran dan fahaman yang menyimpang semakin membimbangkan terutama melalui media sosial
  • Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Mufti Johor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor
  • Yahya mempersembahkan usaha JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor termasuk pemantauan terhadap mereka dari luar Johor
  • Sultan Ibrahim menekankan pentingnya meningkatkan ilmu agama, kefahaman dan amalan nilai-nilai Islam yang sebenar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!