Tak sanggup tanggung rugi, peniaga unggas cuti tiga bulan

Mohd Hirwan memindahkan haiwan jualan ke tempat tinggi kerana kawasan di Tersang, Rantau Panjang sering dinaiki air sehingga paras 4 meter setiap kali musim tengkujuh. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

A
A
A

RANTAU PANJANG - Peniaga unggas di Tersang di sini sanggup menutup kedainya selama tiga bulan bermula November hingga Januari kerana tidak sanggup menanggung kerugian ekoran banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Mohd Hirwan Che Rajiuon, 44, berkata, semenjak pembinaan benteng sekitar tahun 2022 hingga sekarang, banjir sangat luar biasa dalamnya.

"Sebelum ini, air tidak melimpah sehingga ke atas jalan, tapi sejak beberapa tahun ini dengan kedai pun boleh tenggelam.

Air Sungai Golok mulai melimpah di kawasan kedai dan rumah Mohd Hirwan yang hanya berjarak sekitar 100 meter dari sungai terbabit. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
Air Sungai Golok mulai melimpah di kawasan kedai dan rumah Mohd Hirwan yang hanya berjarak sekitar 100 meter dari sungai terbabit. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

"Kedai dan rumah saya hanya berjarak sekitar 100 meter dari Sungai Golok, tapi sebelum ini banjir tidak pernah setinggi hingga mencecah lebih 4 meter macam yang berlaku sekarang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ujar Mohd Hirwan, namun sejak tiga tahun ini banjir sangat luar biasa sehingga terpaksa menanggung kerugian yang banyak apabila semua haiwan jualannya seperti burung, itik, angsa dan ayam mati.

Mohd Hirwan sanggup menutup kedainya selama tiga bulan kerana tidak sanggup menanggung kerugian ekoran banjir yang sering melanda kawasan tersebut. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
Mohd Hirwan sanggup menutup kedainya selama tiga bulan kerana tidak sanggup menanggung kerugian ekoran banjir yang sering melanda kawasan tersebut. - Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin

Artikel Berkaitan:

Peniaga itu memberitahu, dia terpaksa menanggung kerugian sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sepanjang musim tengkujuh setiap tahun.

"Lebih baik saya tutup kedai selama tiga bulan, pindahkan semua haiwan jualan ke tempat selamat. Hati tenang, kerugian pun tiada," katanya.

Ringkasan AI

  • Peniaga unggas di Tersang, Rantau Panjang tutup kedai selama tiga bulan dari November hingga Januari kerana banjir
  • Banjir di Rantau Panjang sangat luar biasa sejak pembinaan benteng tahun 2022
  • Kedai dan rumah berdekatan dengan Sungai Golok dinaiki banjir mencapai lebih 4 meter
  • Haiwan ternakan seperti burung, itik, angsa dan ayam mati akibat banjir
  • Kerugian musim tengkujuh sekitar RM20,000 hingga RM30,000 setahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!