Wanita dipaksa tiduri 400 lelaki dalam tempoh tiga bulan

Tano (kanan) mengaku dia memaksa mangsa terlibat kegiatan pelacuran manakala Suzuki menafikannya. Foto Agensi
Tano (kanan) mengaku dia memaksa mangsa terlibat kegiatan pelacuran manakala Suzuki menafikannya. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dipaksa meniduri lebih 400 lelaki dalam tempoh tiga bulan.

Menurut laporan Tokyo Reporter, mangsa berusia 27 tahun itu turut dikasari dengan teruk oleh pengurus dikenali sebagai Maoya Suzuki, 39, dan salah seorang staf wanita, Kazuya Tano, 21, di bar tempat dia bekerja sejak September 2024.

"Dia dipukul dengan botol champagne oleh Suzuki yang memarahinya kerana gagal mencapai sasaran jualan. Pelaku menafikan dia melacurkan kakitangannya, namun Tano mengakui dakwaan tersebut," jelas laporan itu lagi.

Mangsa turut dipantau dengan alat GPS dan memukulnya jika gagal memperoleh pelanggan.

Asahi Shimbun turut melaporkan mangsa dipaksa mengadakan hubungan intim dengan 13 lelaki sehari dan memperoleh kira-kira 1.98 juta yen (RM55,239) sebulan.

Sebahagian hasil wang melacur itu masuk ke dalam poket Suzuki dan Tano.

Aktiviti tidak senonoh itu terbongkar setelah mangsa ditahan pihak berkuasa pada Julai lalu.

Wanita tersebut mendakwa dia tidak berdaya untuk melarikan diri walaupun mengalami keletihan mental dan fizikal yang teruk.

Pemeriksaan polis pada tubuhnya juga menemui lebih 20 kesan lebam dipercayai akibat daripada dipukul secara berulang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita dipaksa meniduri lebih 400 lelaki dalam tiga bulan
  • Mangsa, berusia 27 tahun, dikasari oleh pengurus Maoya Suzuki, 39, dan staf wanita Kazuya Tano, 21
  • Mangsa dipantau dengan alat GPS dan dipukul jika gagal memperoleh pelanggan
  • Mangsa dipaksa mengadakan hubungan intim dengan 13 lelaki sehari, memperoleh kira-kira 1.98 juta yen sebulan
  • Aktiviti melacurkan mangsa terbongkar setelah mangsa ditahan pihak berkuasa pada Julai lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!