X

Kindly register in order to view this article
!

Kematian ke-24 akibat Covid-19 direkodkan

Status Dr Noor Hisham yang dimuat nak di Facebooknya hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan kematian ke-24 akibat koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya berkata, mangsa berusia 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal bulan Mac lalu.

"Dia mula bergejala selama lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan hasil ujian pengesahan Covid-19 yang dijalankan disahkan positif 20 Mac.

"Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam tadi," katanya.

Setakat ini, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sebanyak 24 kes.