Bekas Ketua Pengarah IKIM Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bergambar bersama Abdul Monir (kanan) dan Sheikh Abubakr (kiri) pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M pada Rabu.

Di samping itu, Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abubakr Ahmad pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah termasuk wang tunai serta sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah kepada Abdul Monir (kiri) pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto Bernama

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pemilihan kedua-dua tokoh berkenaan berdasarkan sumbangan besar mereka dalam pembangunan ummah selain perkembangan syiar Islam.

Sumbangan mereka turut mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat dari dalam dan luar negara.

Kedua-dua tokoh itu juga memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas serta mempunyai sifat serta peribadi yang unggul untuk dicontohi.

ARTIKEL BERKAITAN:Maal Hijrah: Sultan Kedah titah jangan bangkit isu gugat perpaduan

Maal Hijrah: Jauhi hasad dengki, amalan fitnah - Agong

Bekas Ketua Pengarah IKIM Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Maal Hijrah: Tingkat azam pupuk visi, misi hidup lebih baik

Doa Sultan Nazrin, hijrah bersengketa kepada berdamai

Umat Islam perlu kuasai disiplin ilmu, teroka kejayaan