Anak hilang rupanya dibunuh, dalang bapa tiri

JAKARTA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui anaknya yang hilang sejak 6 Mac lalu ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia.
Memetik laporan Kompas.com, ibu kepada Alvaro Kiano Nugroho iaitu Arum Indah tidak menyangka tragedi itu dipercayai didalanginya suaminya sendiri, Alex Iskandar.
“Rasa macam kena sambar petir, bercampur aduk, semuanya berantakan. Betul ke ini? Masih tak percaya. Hancur rasanya,” katanya pada Selasa.
Sebelum ini, ketika Arum pulang ke Jakarta untuk mencari Alvaro, Alex sering menemaninya dan membantu mengurus pencarian di pelbagai lokasi.
Malah Arum pernah berjanji akan kembali rujuk sekiranya Alex berjaya menemukan anaknya.
“Semalam pun masa balik ke sini, dia berusaha meyakinkan saya, ‘cari Alvaro sampai jumpa.’ Rupa-rupanya Alvaro bersama dia... sudah dibunuh,” jelas Arum lagi.
Selepas mengetahui Alex merupakan dalang di sebalik kehilangan dan kematian Alvaro, Arum mengakui berasa terpukul.
Dia berasa seolah-olah diperlekeh dan ditertawakan secara tidak langsung oleh Alex yang ketika itu berpura-pura sibuk membantu mencari anaknya.
Sebelum ini, Alvaro Kiano Nugroho, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dilaporkan hilang di Pesanggrahan, Jakarta Selatan sejak Mac 2025 namun ditemui meninggal dunia.
Kapolsek Pesanggrahan, AKP Seala Syah Alam, berkata pihak polis telah menahan Alex Iskandar, ayah tiri kanak-kanak itu yang dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kehilangan dan kematian Alvaro.
Ringkasan AI
- Seorang ibu kecewa mengetahui anaknya yang hilang sejak 6 Mac ditemui sudah meninggal dunia
- Wanita itu tidak menyangka suaminya sendiri, Alex Iskandar rupa-rupanya dalang di sebalik tragedi tersebut
- Alex yang merupakan bapa tiri mangsa sebelum itu aktif menemani dan membantu isterinya mencari anaknya di pelbagai lokasi
- Arum pernah berjanji akan rujuk dengan Alex jika anaknya berjaya ditemui
- Polis telah menahan Alex Iskandar yang dipercayai bertanggungjawab atas kematian Alvaro Kiano Nugroho
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
