Menyamar jadi ibu sudah meninggal dunia demi kaut wang pencen

Lelaki itu (gambar kecil) cuba memperbaharui kad identiti dengan menyamar sebagai ibunya. Foto Agensi
Lelaki itu (gambar kecil) cuba memperbaharui kad identiti dengan menyamar sebagai ibunya. Foto Agensi
A
A
A

ROM - Seorang lelaki tergamak menyamar sebagai mendiang ibunya untuk menuntut wang pencen.

Akhbar Corriere della Sera melaporkan individu berusia 56 tahun dari Mantua, Itali itu berjaya mengaut ribuan euro sebelum penipuannya terbongkar.

"Paling mengejutkan, lelaki itu bertindak menyembunyikan mayat ibunya, Graziella Dall'Oglio yang meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu di kediaman mereka.

"Jasad mangsa hanya dibalut dengan cadar dan disumbat dalam beg tidur," ujar laporan itu lagi.

Pelaku turut melakukan transformasi, berpakaian seperti ibunya lengkap dengan solekan seperti watak dalam filem Mrs Doubtfire dibintangi Robin Williams ketika cuba untuk memperbaharui kad identiti di pejabat kerajaan di pinggir Borgo Virgilio pada awal bulan lalu.

"Kakitangan di pejabat itu bagaimanapun curiga dengan rupa paras dan suaranya yang aneh. Mereka bertindak melaporkan kepada pegawai atasan dan pihak berkuasa," menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, polis menemui mayat ibunya ditempatkan di bilik dobi selepas serbuan dilakukan ke atas rumah mereka.

"Jasadnya jelas berada dalam keadaan mumifikasi. Ia telah dihantar ke rumah mayat untuk post-mortem. Lelaki itu pula kini disiasat atas kesalahan menyembunyikan mayat dan penipuan untuk mengaut faedah," jelas jurucakap polis. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki menyamar sebagai mendiang ibunya untuk menuntut wang pencen di Itali
  • Individu berusia 56 tahun itu berjaya mengaut ribuan euro sebelum penipuannya terbongkar
  • Mayat ibunya, Graziella Dall'Oglio, disembunyikan dalam keadaan dibalut dengan cadar dan disumbat dalam beg tidur
  • Pelaku melakukan transformasi, berpakaian seperti ibunya termasuk solekan ketika cuba untuk memperbaharui kad identiti
  • Polis menemui mayat dalam keadaan mumifikasi selepas serbuan, pelaku kini disiasat atas kesalahan menyembunyikan mayat dan penipuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!