NUTP bawa isu guru interim ditamat kontrak akibat kemalangan ke KPM

Aminuddin (dua dari kiri) semasa menziarahi guru terbabit di Merlimau, Melaka pada Ahad.
Aminuddin (dua dari kiri) semasa menziarahi guru terbabit di Merlimau, Melaka pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membawa kes seorang guru lantikan kontrak (interim) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai, Pasir Gudang yang ditamatkan perkhidmatan selepas mengalami kemalangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pertimbangan lanjut.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, kes itu perlu disemak semula oleh KPM supaya guru terbabit dapat dilantik semula.

Menurut beliau, guru interim tidak diberikan penerangan jelas mengenai syarat kontrak perkhidmatan mereka termasuk had cuti sakit maksimum 75 hari setahun.

"Kekeliruan ini berlaku kepada semua guru interim, bukan hanya mereka yang menghadapi masalah.

“Kes ini membuka mata semua pihak dan selepas ini, penerangan terperinci mengenai syarat perkhidmatan perlu diberikan sebelum guru dihantar ke sekolah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut katanya, guru lelaki terbabit dikehendaki membayar semula RM18,000 iaitu gaji yang diterima sepanjang cuti sakit, namun NUTP telah membuat rayuan bagi pihaknya kepada KPM.

"Ini adalah kes pertama melibatkan guru interim ditamatkan perkhidmatan dan kebanyakan guru interim masih belum diserap menjadi guru tetap," ujar beliau.

Terdahulu, Aminuddin turut menziarahi guru terbabit di kediamannya di Merlimau, Melaka pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan membawa kes guru interim yang ditamatkan perkhidmatan ke Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Presiden NUTP meminta kes tersebut disemak semula supaya guru dapat dilantik semula
  • Guru-guru interim tidak diberi penerangan jelas mengenai syarat kontrak mereka termasuk had cuti sakit
  • Kes ini menyebabkan pihak terlibat menyedari pentingnya memberi penerangan terperinci kepada guru sebelum penempatan
  • Guru yang ditamatkan perkhidmatannya dikehendaki membayar semula RM18,000 gaji yang diterima semasa cuti sakit, namun NUTP telah membuat rayuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!