Suami isteri ditahan kes curi RM4.8 juta duit meter parking

Seorang pekerja perbandaran Kempten di selatan Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling daripada meter letak kereta. Foto hiasan
Seorang pekerja perbandaran Kempten di selatan Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling daripada meter letak kereta. Foto hiasan
A
A
A

MUNICH - Seorang pekerja perbandaran Kempten di selatan Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling daripada meter letak kereta, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Polis dan pendakwa raya pada Isnin memaklumkan, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap lelaki itu dan isterinya atas tuduhan mencuri serta bersubahat dalam 720 kes.

Kedua-duanya kini ditahan.

Siasatan bermula selepas sebuah bank membuat laporan berkaitan aktiviti yang disyaki sebagai pengubahan wang haram.

Pejabat Pendakwa Raya Kempten dimaklumkan mengenai wang tunai yang kerap dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank.

Pekerja berkenaan disyaki mengambil syiling daripada meter letak kereta berulang kali.

Dia dipercayai memasukkan wang itu ke dalam akaun bank yang turut diakses isterinya.

Kerajaan bandar Kempten dianggarkan mengalami kerugian lebih €1 juta akibat perbuatan itu. - Foto dpa
Kerajaan bandar Kempten dianggarkan mengalami kerugian lebih €1 juta akibat perbuatan itu. - Foto dpa

Artikel Berkaitan:

Kerajaan bandar Kempten dianggarkan mengalami kerugian lebih €1 juta akibat perbuatan itu.

Datuk Bandar Kempten, Thomas Kiechle berkata, beliau 'terkejut dan dukacita' dengan dakwaan itu.

Para pegawai turut melakukan pemeriksaan di beberapa pejabat perbandaran pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan.

"Saya memberikan sokongan penuh kepada pejabat pendakwa raya dan pihak polis dalam penyiasatan rapi terhadap dakwaan itu,” kata datuk bandar itu.- Bernama-dpa

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja perbandaran Kempten di Jerman didakwa mencuri sekurang-kurangnya €1 juta (RM4.8 juta) dalam bentuk syiling dari meter letak kereta
  • Polis dan pendakwa raya menahan lelaki itu dan isterinya atas tuduhan mencuri serta bersubahat dalam 720 kes
  • Siasatan bermula selepas sebuah bank membuat laporan tentang aktiviti pengubahan wang haram
  • Syiling-syiling itu disyaki dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank, termasuk akaun yang diakses oleh isteri pekerja berkenaan
  • Kerajaan bandar Kempten mengalami kerugian lebih RM4.8 juta akibat kecurian tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!