Buaya sesat muncul di Empang 25, Duyong

MELAKA - Seekor buaya sesat dilaporkan muncul di kawasan Empang 25, Duyong, dipercayai akibat paras air sungai yang meningkat susulan hujan lebat sejak petang Ahad.
Menerusi perkongsian di Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan pasukan bomba yang berada di lokasi berjaya menghalau haiwan berkenaan kembali ke sungai.
Menurutnya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menasihati orang ramai yang melalui kawasan tersebut supaya berhati-hati, sementara tindakan susulan sedang diatur pihak berkuasa.
Ringkasan AI
- Buaya sesat muncul di Empang 25, Duyong kerana paras air sungai naik
- Pasukan bomba menghalau buaya itu kembali ke sungai
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah dimaklumkan untuk tindakan
- Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong memberi nasihat berhati-hati kepada orang ramai
- Kejadian ini berlaku susulan hujan lebat sejak petang Ahad
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

