Lima daerah di Kelantan diramal hujan lebat tahap bahaya hingga Selasa

SHAH ALAM - Lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 11 pagi ini, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
"Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak).
"Selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), juga hingga Selasa ini (25 November)," katanya pada Ahad.
Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia turut memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.
"Untuk amaran tahap waspada hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan platform media sosial rasmi kami.
"Talian 'hotline' MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujar kenyataan itu lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

