Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri.
A
A
A

SHAH ALAM– [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan rasmi, negeri-negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain seluruh WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Di Perak, daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim dijangka mengalami hujan lebat. Terengganu pula membabitkan daerah Dungun dan Kemaman. Sementara itu, beberapa kawasan di Pahang termasuk Bentong, Temerloh dan Bera turut diramal hujan lebat.

Di Selangor, amaran ini melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Negeri Sembilan hanya melibatkan daerah Jelebu. Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu (Tatau). Bagi Sabah, amaran meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan serta Kudat.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca secara tiba-tiba dan memastikan keselamatan diri serta keluarga. Aktiviti di luar rumah sebaiknya dielakkan, manakala maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperoleh melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Langkah berjaga-jaga ini penting bagi mengurangkan risiko sebarang insiden tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat untuk sembilan negeri
  • Kawasan terjejas meliputi beberapa bahagian Perak, Terengganu, dan Pahang serta Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Peringatan khusus diberikan kepada kawasan di Sarawak seperti Kuching dan Bintulu serta beberapa daerah di Sabah dan Labuan
  • Risiko banjir kilat, pokok tumbang, dan kerosakan struktur disebabkan angin kencang
  • Orang ramai disarankan memantau laman web MetMalaysia dan aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!