Mangsa banjir di Kelantan meningkat, hampir 2,000 orang dipindahkan

Sebanyak 646 individu daripada 198 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Bachok.Gambar hiasan
Sebanyak 646 individu daripada 198 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Bachok.Gambar hiasan
A
A
A

Kota Bharu – Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1, 970 orang daripada 794 keluarga, setakat jam 9.56 pagi, pada Ahad.

Bagi menampung jumlah mangsa banjir, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah yang terkesan telah dibuka.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatat jumlah penduduk terjejas paling ramai dengan 812 mangsa daripada 358 keluarga yang kini ditempatkan di empat PPS.

Di Bachok, sebanyak 646 individu daripada 198 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

Kota Bharu pula mencatat peningkatan jumlah penduduk terjejas dengan 522 individu daripada 242 keluarga kini berlindung di tujuh PPS.

Dalam pada itu, negeri Terengganu mencatat 353 mangsa daripada 82 keluarga dan melibatkan satu daerah negeri itu.

Di Kedah pula sebanyak 3 PPS dibuka bagi menempatkan 36 mangsa daripada 14 keluarga.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,970 orang dari 794 keluarga
  • Sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara dibuka di tiga daerah yang terjejas
  • Jajahan Tumpat terjejas paling ramai dengan 812 mangsa
  • Di Bachok, 646 individu dari 198 keluarga dipindahkan ke tiga PPS
  • Kota Bharu mencatat peningkatan dengan 522 individu dari 242 keluarga ditempatkan di tujuh PPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!