Dua sungai utama di Kelantan melepasi tahap waspada - JPS

Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada. - Foto hiasan
Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada. - Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada setakat pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 12.45 tengah hari ini.

Menurut laman web rasmi Public Infobanjir JPS memaklumkan, Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang mencatatkan bacaan 58.11 meter, melebihi tahap waspada 56 meter sebanyak 2.11 meter, namun menunjukkan trend menurun.

Berikutan itu, Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter, melebihi tahap waspada 30 meter sebanyak 1.08 meter.

Tinjauan Bernama di Sungai Kelantan dan Sungai Golok, Rantau Panjang mendapati paras air sungai berkenaan menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat berterusan yang direkodkan pada tahap waspada.

Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini (26 November). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua sungai utama di Kelantan direkodkan melebihi tahap waspada
  • Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang melebihi tahap waspada dengan bacaan 58.11 meter
  • Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai merekodkan paras 31.08 meter melebihi tahap waspada
  • Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk Kelantan dan Terengganu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!