Bekas pemain Kelantan FA 2019 suspek kes tembak di Sungai Golok

Mohd Yusoff (tengah) mengesahkan bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tembakan terhadap rakyat Malaysia di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.
Mohd Yusoff (tengah) mengesahkan bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tembakan terhadap rakyat Malaysia di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 disahkan sebagai salah seorang suspek yang terlibat dalam kes tembakan terhadap rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Yusoff berkata, susulan kejadian tersebut, polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu pihak berkuasa memburu suspek.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek mungkin melarikan diri ke negara ini,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini polis Kelantan masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tersebut.

Pada tahun 2019, suspek yang beraksi di posisi penjaga gol pernah bermain bersama Kelantan FA.

Sebelum itu, suspek turut mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Yala United FC dan PT Prachuap FC.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, di sini, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak lapan kali.

Artikel Berkaitan:

Ibu Allahyarham, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35.

Ringkasan AI

  • Bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 disahkan sebagai salah seorang suspek dalam kes tembakan di Thailand
  • Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, meninggal dunia akibat kejadian tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok, Thailand
  • Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand untuk membantu memburu suspek
  • Suspek pernah bermain bersama Kelantan FA dan mempunyai pengalaman di Liga Thailand
  • Mangsa meninggal dunia pada malam Sabtu selepas ditembak lapan kali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!