Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 26 November - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) hingga Isnin (24 November).
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini (26 November).
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
"Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri
- Negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu
- Amaran berlaku hingga Isnin untuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak
- Kelantan dan Terengganu hingga Rabu
- Maklumat cuaca boleh didapati di laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca, dan media sosial Jabatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
