X

Kindly register in order to view this article
!

2,982 rakyat Malaysia masih terkandas di 55 negara

Kamarudin Jaafar
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 2,982 rakyat Malaysia terkandas di 55 negara seluruh dunia akibat pembatalan penerbangan serta sekatan perjalanan dilaksanakan, susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 Kementerian Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, setakat hari ini Wisma Putra berjaya membantu membawa pulang seramai 2,417 rakyat Malaysia dari 26 buah negara.

Menurutnya, jumlah tersebut termasuklah dua penerbangan yang tiba pada hari ini iaitu dari Bangladesh dan Itali yang membawa pulang seramai 306 rakyat Malaysia.

"Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akan diabaikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan mereka.

"Kementerian akan terus komited dalam menghulurkan bantuan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, dalam situasi mencabar ini, Wisma Putra mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan dalam usaha kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

"Yang penting, saya ingin mengulangi seruan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara termasuk berada di India supaya bertenang dan mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan negara itu.

"Pastikan anda berdaftar dengan perwakilan kita di sana bagi memudahkan urusan pihak perwakilan dalam mengkoordinasi langkah-langkah seterusnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!