Tabung CovidSinar terima sumbangan 400 karton air minuman

Sebahagian daripada barisan sukarelawan Pusat Operasi Sinar Untuk Frontliners Covid-19.
Sebahagian daripada barisan sukarelawan Pusat Operasi Sinar Untuk Frontliners Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) terus menerima sumbangan daripada pihak yang prihatin apabila menerima sebanyak 400 karton air minuman, hari ini.

Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry berkata, air minuman itu disumbangkan syarikat NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD dan dihantar terus ke Pusat Operasi Sinar Untuk Frontliners Covid-19 di Kumpulan Karangkraf.

Katanya, sumbangan itu akan diedarkan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di klinik kesihatan.

400 botol air minuman yang diterima ini akan diedarkan esok ke klinik kesihatan.
400 botol air minuman yang diterima ini akan diedarkan esok ke klinik kesihatan.

"Kita akan edarkan sumbangan ini esok bersama sebanyak 30 unit termometer inframerah dan 2,000 pelindung but ('boots cover') ke klinik kesihatan di sekitar Petaling Jaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Sinar Harian mengaktifkan Tabung CovidSinar Sabtu lalu bagi membolehkan rakyat negara ini bersama-sama membantu barisan hadapan dalam mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri dan makanan.

Sukarelawan selesai menyusun air minuman yang diterima menerusi Tabung CovidSinar hari ini.
Sukarelawan selesai menyusun air minuman yang diterima menerusi Tabung CovidSinar hari ini.

Inisiatif itu juga bertujuan meringankan beban kumpulan terbabit dalam memerangi Covid-19 dan setiap sumbangan daripada segenap rakyat Malaysia akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).