Kes Zayn Rayyan: Mahkamah tetapkan 4 Disember dengar permohonan tangguh hukuman Ismanira

Pada 31 Oktober lepas, Ismanira dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Pada 31 Oktober lepas, Ismanira dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 4 Disember ini untuk mendengar permohonan Ismanira Abdul Manaf bagi menangguhkan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anak lelakinya, Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.

‎Penolong Pendaftar Kanan Nadiah Misman membuat keputusan itu selepas peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili Ismanira, memfailkan permohonan berhubung perkara tersebut pada Rabu.

‎Pada 31 Oktober lepas, Ismanira, 30, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

‎Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara bermula 31 Oktober, selain menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin dan cagaran RM3,000.

‎Ismanira turut diarah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 4 Disember untuk mendengar permohonan penangguhan hukuman Ismanira Abdul Manaf
  • Ismanira dihukum penjara lima tahun kerana mengabaikan anak autistiknya, Zayn Rayyan, sehingga menyebabkan kecederaan
  • Hukuman dijatuhkan pada 31 Oktober oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya
  • Ismanira juga diarahkan menandatangani bon berkelakuan baik dan menjalani khidmat masyarakat
  • Permohonan penangguhan dibuat oleh peguam Haresh Mahadevan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!