Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 1 tengah hari esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada jam 9 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Turut terjejas Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), manakala bagi Sabah meliputi Sandakan (Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat). - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Amaran dikeluarkan sehingga 1 tengah hari esok
- Cuaca buruk dijangka melanda Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak
- Selangor terjejas di Sabak Bernam dan Kuala Selangor
- Sabah melibatkan Sandakan serta Kudat termasuk Pitas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
