Ribut petir, hujan lebat diramal landa empat negeri, Labuan

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 1 tengah hari esok. Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 1 tengah hari esok. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1 pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

"Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas),” menurut kenyataan itu.

Di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan). - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!