Anggota trafik baca Yasin di balkoni

Paparan Facebook Penduduk Kuarters Kulim tarik perhatian ramai.
Paparan Facebook Penduduk Kuarters Kulim tarik perhatian ramai.
A
A
A

KULIM - Perkongsian di Facebook Penduduk Kuarters Kulim mengenai aktiviti bacaan Yasin penghuni kuarters berkenaan mendapat pujian netizen yang bersyukur dengan usaha berkenaan.

Mereka memuji penghuni yang menganjurkan bacaan Yasin di balkoni rumah masing-masing semalam.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan umat Islam di seluruh negara mengadakan bacaan Yasin, solat hajat dan doa di rumah masing-masing supaya dijauhi daripada wabak Covid-19.

Walaupun tidak dapat bersama membaca di surau seperti kebiasaan, penghuni kuarters tetap berdoa dengan harapan penularan wabak virus itu dapat dihapuskan.

"Amin, Alhamdulillah. Kesepakatan berpanjangan. Semoga semua dalam rahmat ALLAH." kata Norhaiyati Zakaria di ruangan komen.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir lima hari lagi dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Artikel Berkaitan: