Terpaksa menumpang, rumah pusaka rosak teruk akibat ribut

Asmadi melihat keadaan rumah Roslina yang rosak akibat ribut di Bukit Bay Route.
Asmadi melihat keadaan rumah Roslina yang rosak akibat ribut di Bukit Bay Route.
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas, Rositah Mohd Deros, 62, yang terlantar akibat strok berharap dapat pulang semula ke rumah pusaka yang didiaminya sejak lebih 40 tahun lalu di Bukit Bay Route di sini.

Rumah berkenaan kini tidak selamat diduduki berikutan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian ribut minggu lalu.

Hasrat itu disampaikan adiknya, Roslina, 57, yang tinggal bersama di rumah berkenaan bersama seorang lagi kakaknya serta tiga orang anak.

Roslina
Roslina

Menurut Roslina, mereka kini terpaksa menumpang rumah saudara demi keselamatan keluarga selepas pokok tumbang menimpa rumah mereka.

"Susulan kejadian itu, siling semua pecah, kayu berselerak, air hujan masuk dan rumah itu tidak selamat untuk diduduki.

"Kami menumpang di rumah saudara terdekat buat sementara waktu, tapi harap dapat pulang ke kediaman sendiri," katanya ketika ditemui di Bukit Bayroute di sini.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah pusaka yang didiami Roslina bersama kakaknya di Bukit Bay Route.
Keadaan rumah pusaka yang didiami Roslina bersama kakaknya di Bukit Bay Route.

Menceritakan semula detik cemas itu, Roslina berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata.

“Saya dan kakak kedua sedang melipat kain di ruang tamu, tiba-tiba terdengar dentuman kuat, dan pokok tumbang menimpa rumah kami.

"Jadi, saya ambil barang penting dan minta kakak kedua untuk mengangkat kakak sulung supaya keluar, seterusnya menumpang rumah saudara terdekat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Roslina bersyukur kerana Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) prihatin menyalurkan bantuan membaik pulih rumah mereka.

Asmadi meninjau keadaan rumah yang rosak akibat ribut kuat pada minggu lalu.
Asmadi meninjau keadaan rumah yang rosak akibat ribut kuat pada minggu lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 bagi kerja-kerja baik pulih.

“Kerja-kerja bumbung rumah sudah bermula dan dijangka siap dalam tempoh 10 hari sekiranya cuaca mengizinkan. Kita akan sedaya upaya membantu mereka,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang warga emas, Rositah Mohd Deros, berharap dapat pulang ke rumah pusaka di Bukit Bay Route yang didiami sejak lebih 40 tahun lalu yang rosak teruk akibat ribut
  • Rosita dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah saudara setelah pokok tumbang menimpa rumah mereka
  • Rumah tersebut tidak selamat diduduki kerana mengalami kerosakan seperti siling pecah dan kayu berselerak
  • Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyalurkan bantuan RM20,000 untuk membaik pulih rumah tersebut
  • Kerja-kerja baik pulih bumbung rumah sudah bermula dan dijangka siap dalam tempoh 10 hari jika cuaca mengizinkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!