Warga emas ditemui rentung dalam rumah

Foto: Bomba Perak

Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Perpaduan Ria, Ulu Kinta dekat sini pada Jumaat.
Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Perpaduan Ria, Ulu Kinta dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Perpaduan Ria, Ulu Kinta dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, jasad mangsa berusia 80 tahun, ditemui atas lantai dalam sebuah bilik selepas operasi pemadaman selesai dijalankan.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, rumah berkenaan musnah hampir 80 peratus.

Katanya, tiga kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di garaj rumah turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.11 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 petang.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.11 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 petang.

"Empat unit kediaman di kiri dan kanan rumah mangsa turut mengalami kerosakan antara 2 hingga 15 peratus akibat terkena bahang kebakaran," katanya dalam kenyataan kepada pemberita.

Beliau berkata, seramai 20 anggota dari Balai Bomba Tambun dan Ipoh serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela Menglembu dan Bercham dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.11 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 petang.

Artikel Berkaitan:

"Setelah selesai pemadaman dilakukan, seorang lelaki ditemui mati terbakar di ruangan bilik kedua.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Shazlean menambah, Bahagian Penyiasatan Kebakaran telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengetahui punca sebenar.

"Unit Pengesan (K9) JBPM juga dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Taman Perpaduan Ria, Ulu Kinta
  • Rumah berkenaan musnah hampir 80 peratus termasuk tiga kereta dan sebuah motosikal
  • Empat unit kediaman bersebelahan mengalami kerosakan antara 2 hingga 15 peratus
  • Seramai 20 anggota bomba bersama Pasukan Bomba Sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian
  • Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Unit Pengesan (K9) JBPM menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!