X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan tegas, kemahuan rakyat - Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa ke atas individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan kemahuan sebahagian besar rakyat di negara ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menerima banyak pesanan mesej daripada rakyat agar tindakan tegas diambil kepada rakyat yang masih ingkar dengan arahan tersebut.

"Saya menerima banyak mesej daripada rakyat mengatakan (kerajaan) perlu lebih tegas (kerana) mereka tidak mahu hanya lima peratus yang degil tetapi kesannya kepada 95 peratus (rakyat) yang akur dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya sudah perjelaskan dan memberi peringatan beberapa kali bahawa cara pihak polis mungkin berubah daripada nasihat atau berhemah kepada tindakan yang lebih tegas," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, setakat semalam seramai 110 telah ditahan sepanjang tempoh PKP dikuat kuasa.

"Pihak polis masih meneruskan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya dan semalam sebanyak 163,487 kenderaan diperiksa.

"Selain itu, pihak polis turut melakukan pemeriksaan mengejut di 1,719 lokasi," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus