Pantai Puteri diserbu kaki pancing ‘healing’

Kemeriahan Pantai Puteri yang menjadi lokasi kaki pancing 'healing'.
Kemeriahan Pantai Puteri yang menjadi lokasi kaki pancing 'healing'.
A
A
A

MELAKA - Pantai Puteri menjadi tumpuan kaki pancing untuk healing selepas dikatakanmenjadi lubuk lumayan khususnya pada hujung minggu sejak kawasan itu ditambak sebulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian pada Ahad mendapati, kawasan pesisir pantai itu dipenuhi deretan joran, malah ada yang sanggup menghabiskan masa hingga lewat pagi bagi melepaskan stres dan menghilangkan penat bekerja.

Seorang kaki pancing wanita, Fuzaimah Mohd Sahir, 50, berkata, memancing sudah menjadi rutin mingguannya dan biasanya memilih lokasi di Pantai Puteri atau Pantai Klebang.

“Saya sibuk meniaga, jadi bila ada masa akan memancing untuk hilangkan tekanan dan penat bekerja.

“Kaki pancing saja yang faham rasa seronok bila dapat naikkan ikan. Ikan ditangkap ini segar, simpan lama dalam peti sejuk pun masih sedap bila dimasak,” katanya.

Pesisir pantai dipenuhi joran kaki pancing.
Pesisir pantai dipenuhi joran kaki pancing.

Fuzaimah berkata, dia ke sana bersama keluarga dan biasanya menghabiskan masa memancing hingga jam 3 pagi ketika cuti, namun pulang lebih awal jika perlu berniaga keesokan harinya.

Seorang lagi pemancing, Azrul Shah Jafri, 27, berkata, Pantai Puteri sememangnya menjadi lokasi pemancing selain menjadi tempat pertandingan memancing diadakan setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Azrul menunjukkan sebahagian hasil tangkapan ikan diperolehi.
Azrul menunjukkan sebahagian hasil tangkapan ikan diperolehi.

“Cuma kebelakangan ini, orang semakin ramai ke sini sebab selepas kawasan itu ditambak, pemancing dapat memancing lebih dekat ke tengah laut, dapat lebih banyak hasil ikan.

“Saya sudah tiga hari di sini sejak Jumaat. Memang hobi saya memancing, jika tidak di tepi pantai, saya akan memancing di kelong,” katanya.

Projek penambakan pesisir Pantai Puteri dianggarkan sejauh 2.5 kilometer dilakukan bagi mengatasi isu hakisan.

Projek tersebut merupakan langkah proaktif dalam menjamin kelestarian kawasan pesisir Pantai Puteri yang memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Inisiatif berkenana turut membantu mengurangkan kesan perubahan iklim, melindungi infrastruktur dan komuniti pesisir serta meningkatkan nilai ekonomi kawasan tersebut.

Ringkasan AI

  • Pantai Puteri menjadi tumpuan kaki pancing untuk aktiviti 'healing' selepas kawasan itu ditambak sebulan lalu
  • Kaki pancing menghabiskan masa hingga lewat malam untuk melepaskan stres
  • Fuzaimah Mohd Sahir, seorang kaki pancing wanita menjadikan memancing sebagai rutin mingguan untuk hilangkan tekanan
  • Projek penambakan pesisir Pantai Puteri dilakukan bagi mengatasi isu hakisan dan memperluas kawasan memancing
  • Inisiatif penambakan bertujuan meningkatkan nilai ekonomi kawasan dan melindungi infrastruktur serta komuniti pesisir dari kesan perubahan iklim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!