Tukang masak maut ditikam akibat 'makanan tak sedap'

Seorang tukang masak warga Myanmar maut manakala suaminya cedera selepas ditikam seorang pelanggan di sebuah restoran masakan ala Thai di Lorong Bukit Juru, pada malam Ahad.
Seorang tukang masak warga Myanmar maut manakala suaminya cedera selepas ditikam seorang pelanggan di sebuah restoran masakan ala Thai di Lorong Bukit Juru, pada malam Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang tukang masak warga Myanmar maut manakala suaminya cedera selepas ditikam seorang pelanggan di sebuah restoran masakan ala Thai di Lorong Bukit Juru, di sini, pada malam Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan mangsa berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang merupakan rakan suspek turut mengalami kecederaan akibat ditikam dalam kejadian sama.

Difahamkan, suspek yang juga warga Myanmar bersama beberapa rakannya datang ke restoran terbabit sekitar jam 8.30 malam dipercayai dalam keadaan mabuk dan tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan.

Mereka dikatakan bertengkar dengan mangsa dan suaminya sebelum wanita itu menghalau dari restoran terbabit.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, salah seorang daripada mereka berusia lingkungan 30-an itu dikatakan memanggil abangnya sebelum kembali semula ke restoran berkenaan sebelum suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Anggota polis mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
Anggota polis mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Berikutan kejadian itu, polis berjaya mengesan dan menahan tiga suspek termasuk dua beradik berhampiran restoran berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera termasuk suami mangsa turut dirawat di hospital sama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Setakat ini, tiga suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Seorang tukang masak warga Myanmar maut dan suaminya cedera selepas ditikam oleh pelanggan di restoran masakan ala Thai
  • Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam di Lorong Bukit Juru
  • Pelanggan, juga warga Myanmar, tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan
  • Konflik bermula setelah mereka bertengkar dan wanita itu menghalau pelanggan dari restoran
  • Polis menahan tiga suspek termasuk dua beradik berhampiran lokasi kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!