Jumpa bayi perempuan masih bertali pusat dalam tandas

Bayi perempuan yang ditemui masih dalam keadaan bertali pusat di tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, pada Khamis.
Bayi perempuan yang ditemui masih dalam keadaan bertali pusat di tandas sebuah rumah kampung di Sungai Dua, pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat yang ditemukan di sebuah tandas di rumah kampung dekat kawasan Sungai Dua, di sini, pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira jam 6.28 pagi sebelum ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang mendapati bayi itu masih hidup dan cukup sifat.

"Bayi yang dijumpai itu kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan dalam keadaan normal dan sihat sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan susulan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anuar menyeru kepada orang ramai tidak mensensasikan kes ini sementara polis masih menjalankan siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu juga diseru berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Irwan Shah Sumadi di talian 04 - 576 2222 (sambungan 2275) atau menghubungi mana-mana balai terdekat untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bayi perempuan masih bertali pusat ditemukan di tandas rumah kampung Sungai Dua, Butterworth
  • Polis menerima maklumat dari orang awam dan bergegas ke lokasi kejadian
  • Bayi tersebut masih hidup, normal dan sihat setelah diperiksa oleh polis dan forensik
  • Bayi itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!