Permohonan, majlis akad nikah JAIS kekal tangguh hingga selesai PKP

JAIS menetapkan arahan penangguhan segala urusan permohonan dan majlis akad nikah melibatkan agensi itu dikekalkan sehingga tempoh PKP berakhir.
JAIS menetapkan arahan penangguhan segala urusan permohonan dan majlis akad nikah melibatkan agensi itu dikekalkan sehingga tempoh PKP berakhir.
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan arahan penangguhan segala urusan permohonan dan majlis akad nikah melibatkan agensi itu dikekalkan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkaitan keharusan melaksanakan akad nikah menerusi sidang video pula hanyalah sebagai panduan dan tidak akan dilaksanakan buat masa ini.

Menurutnya, JAIS memahami situasi dialami bakal pemohon, namun berharap semua pihak dapat bekerjasama mematuhi PKP yang sedang berkuat kuasa.

“Marilah kita sama-sama terus berdoa supaya ancaman koronavirus (Covid-19) tidak berpanjangan.

“Apa pun keadaannya, JAIS akan mengambil keputusan wajar dari semasa ke semasa dalam semua keadaan yang memerlukan perhatian dan pertimbangan agensi ini,” katanya menerusi satu kenyataan dimuat naik di akaun Facebook rasmi JAIS hari ini.

Artikel Berkaitan: