Johor umum belanjawan surplus RM4.45 juta

Onn Hafiz (tengah) menunjukkan Buku Belanjawan Johor 2026 Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Khamis.
Onn Hafiz (tengah) menunjukkan Buku Belanjawan Johor 2026 Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor pada Khamis membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sehubungan itu berkata, Belanjawan Johor 2026 bertemakan ‘Bangsa Johor Sejahtera" itu merupakan belanjawan surplus dengan lebihan sebanyak RM4.45 juta.

Menurut beliau, belanjawan kali ini juga mencatat sejarah apabila hasil negeri diunjurkan mencecah RM2.55 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah negeri.

"Johor terus mencipta rekod baharu apabila hasil negeri diunjurkan mencecah RM2.55 bilion pada tahun 2026, jumlah tertinggi dalam sejarah negeri, didorong prestasi ekonomi yang kukuh serta kemasukan pelaburan bernilai RM218.3 bilion dalam tempoh tiga tahun enam bulan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Johor di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri pada Khamis.

Onn Hafiz (Machap-BN) menambah, pelbagai program berskala besar di bawah Enam Teras Maju Johor, yang menjadi tunjang kepada strategi pembangunan negeri menuju 2030.

"Setiap sen hasil negeri akan dibelanjakan secara berfokus, telus dan memberi manfaat langsung kepada Bangsa Johor.

“Keutamaan diberikan kepada sektor-sektor yang menyentuh kepentingan rakyat termasuk pendidikan dan TVET, kesihatan, perumahan, infrastruktur luar bandar serta kesejahteraan sosial,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!