PRN Sabah: Abdul Rahman tarik diri, Azwan Norjan ganti di Tempasuk

Bung Moktar mengesahkan Abdul Rahman menarik diri daripada bertanding di kerusi DUN Tempasuk. Foto FB Abdul Rahman Dahlan
Bung Moktar mengesahkan Abdul Rahman menarik diri daripada bertanding di kerusi DUN Tempasuk. Foto FB Abdul Rahman Dahlan
A
A
A

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri daripada bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Menurut Bung Moktar, tempat Abdul Rahman akan digantikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azwan Norjan.

"Dia yang menarik diri, tukar kepada Ketua Bahagian, Azwan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau turut mengesahkan BN Sabah mengekalkan jumlah keseluruhan 45 calon seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Kekal dan tukar (calon)," katanya.

Bung Moktar sebelum ini mengumumkan seramai 45 calon akan bertanding pada PRN17 termasuk Abdul Rahman yang membuat kemunculan semula bagi DUN Tempasuk.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri dari bertanding di DUN Tempasuk PRN ke-17
  • Abdul Rahman digantikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azwan Norjan
  • Perubahan calon ini diumumkan oleh Bung Moktar
  • BN Sabah mengekalkan jumlah calon seramai 45 orang
  • Abdul Rahman sebelum ini dijadualkan untuk bertanding semula di DUN Tempasuk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!