PRN Sabah: Dua MP BN tidak bertanding di bawah GRS, Pandikar 'sailang' DUN Pintasan

Shah Alfie ketika menerima watikah daripada Hajiji semasa majlis pengumuman calon GRS di SICC, Kota Kinabalu
Shah Alfie ketika menerima watikah daripada Hajiji semasa majlis pengumuman calon GRS di SICC, Kota Kinabalu
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menampilkan Shah Alfie Yahya iaitu adik Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Shahelmey yang sebelum ini penyandang bagi kerusi tersebut tidak mempertahankan kerusinya dipercayai berkaitan dengan situasinya yang digantung keahlian dalam UMNO dan sekiranya beliau terus bertanding di bawah tiket GRS sekali gus akan menyebabkan beliau berdepan tindakan undang-undang daripada partinya.

Selain itu ia sekali gus mengaktifkan Akta Anti Lompat yang melarang ahli parlimen bertanding atau keluar dari parti asalnya.

Sementara itu, bagi DUN Tanjung Batu yang disandang Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy sebelum ini, GRS mengemukakan calon muka baharu iaitu Dr Andi Md Shamsureezal.

Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan turut bakal dikenakan tindakan sama dengan Shahelmey sekiranya beliau bertanding pada PRN kali ini dengan menggunakan tiket GRS.

Sementara itu, penyandang DUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan tidak dinamakan sebagai calon sebaliknya, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin diumumkan untuk bertanding di kerusi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menampilkan Shah Alfie Yahya bertanding di DUN Tanjung Keramat
  • Shahelmey tidak mempertahankan kerusinya berkaitan dengan situasi digantung keahlian dalam UMNO
  • Aktifkan Akta Anti Lompat yang melarang ahli parlimen keluar dari parti asalnya
  • GRS mengemukakan Dr Andi Md Shamsureezal sebagai calon DUN Tanjung Batu
  • Presiden USNO, Tan Sri Pandikar Amin, diumumkan bertanding di DUN Pintasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!