X

Kindly register in order to view this article
!

Lima pasar awam jalani semburan disinfeksi Covid-19

Anggota MDKS melakukan semburan disinfeksi Covid-19 di sebuah pasar awam di Kuala Selangor
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) melakukan semburan disinfeksi Covid-19 di lima pasar awam di daerah Kuala Selangor bermula semalam sebagai langkah mengelak jangkitan virus berkenaan di kawasan tumpuan.

MDKS melalui kenyataannya memaklumkan, pasar awam terbabit ialah di Sungai Buloh, Ijok, Bestari Jaya, Tanjong Karang dan Pasir Penambang.

Menurut kenyataan itu, langkah itu juga diharap dapat meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan kebersihan persekitaran.

"Semua pasar basah itu disembur secara berjadual bagi memastikan kawasan itu bersih dan selamat," katanya.

Katanya, anggota MDKS dengan pakaian khas melakukan semburan selama empat jam bermula jam 4 petang hingga 8 malam.

"Kami di MDKS sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sehingga 14 April depan," katanya.