Nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar cari ketam

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar mencari ketam pada Selasa di Pantai Rambah, Pontian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar mencari ketam pada Selasa di Pantai Rambah, Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang selepas keluar mencari ketam di perairan berhampiran Jeti Rambah, di sini, sejak petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 65 tahun itu dilaporkan keluar ke laut pada jam 1.30 tengah hari, namun tidak pulang sehingga jam 7.15 malam.

"Isterinya memaklumkan kejadian kepada abang ipar mangsa sebelum laporan polis dibuat.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sebaik laporan diterima dengan penglibatkan polis serta agensi penyelamat berkaitan," ujarnya ketika dihubungi pada Rabu.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang nelayan tempatan hilang selepas mencari ketam di perairan berhampiran Jeti Rambah
  • Lelaki itu berusia 65 tahun
  • Dia keluar ke laut pada jam 1.30 tengah hari dan tidak pulang sehingga jam 7.15 malam
  • Isterinya melaporkan kejadian itu kepada abang ipar sebelum laporan polis dibuat
  • Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sebaik laporan diterima dengan penglibatannya polis serta agensi penyelamat berkaitan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!