Ketua Polis Daerah Jerantut meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Zukri Muhammad meninggal dunia di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Zukri Muhammad meninggal dunia di rumahnya.
A
A
A

KUANTAN - Ketua Polis Daerah Jerantut Superintenden Zukri Muhammad meninggal dunia di rumahnya di Taman Saujana Utama, Jerantut hari ini akibat serangan jantung.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata Zukri, 59, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang tadi.

"Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Krau, Raub selepas Maghrib hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Zukri dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jerantut pada April tahun lepas dan akan bersara wajib bulan hadapan.

Yahaya turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Zukri dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. - Bernama 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!