Remaja dilaporkan hilang di Gombak, ditemui di Batu Pahat

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dihantar datuknya ke sekolah di Taman Ehsan, Kepong di sini pada 23 Julai lalu ditemui selamat di Batu Pahat, Johor pada Ahad.
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dihantar datuknya ke sekolah di Taman Ehsan, Kepong di sini pada 23 Julai lalu ditemui selamat di Batu Pahat, Johor pada Ahad.
A
A
A

GOMBAK - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dihantar datuknya ke sekolah di Taman Ehsan, Kepong di sini pada 23 Julai lalu ditemui selamat di Batu Pahat, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil maklumat daripada orang awam, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menjumpai remaja berkenaan pada jam 9 malam.

“Remaja perempuan tersebut telah dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan masih menerima rawatan sehingga kini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memberikan maklumat sehingga remaja tersebut berjaya ditemui,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa IPD Gombak menerima laporan berkaitan insiden itu daripada seorang lelaki berusia 67 tahun pada jam 2.03 petang, 23 Julai lalu.

Pengadu memaklumkan bahawa cucunya tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan tamat.

Kes itu disiasat oleh Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohammad Hisham Mohd Rahman @ Amir Hamzah.

Kes diklasifikasikan dan disiasat sebagai kes orang hilang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!