PRN Sabah: PKR tambah dua kerusi di DUN Bandau, Moyog

Peto
Peto
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pertembungan langsung antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka berlaku di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), membabitkan DUN Bandau dan Moyog.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Sabah, Datuk Peto Galim mengesahkan parti itu menambah dua lagi kerusi yang akan ditandingi di dua DUN berkenaan.

"Hanya dua kerusi iaitu DUN Moyog dan Bandau. Remystar Taylor dicalonkan bagi DUN Moyog," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Susulan penambahan kerusi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan calon PKR bertanding pada PRN kali ini ialah seramai 13 orang.

GRS sebelum ini menamakan Datuk Redonah Bahanda sebagai calon GRS di DUN Bandau manakala bagi DUN Moyog pula, ialah Ir Joeynodd Aiiko Roland Bansin.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua kerusi Dewan Undangan Negeri dijangka pertembungan antara GRS dan PKR di PRN17
  • Datuk Peto Galim mengesahkan PKR menambah dua kerusi bagi pertandingan iaitu DUN Bandau dan Moyog
  • Remystar Taylor dicalonkan oleh PKR untuk DUN Moyog
  • Jumlah keseluruhan calon PKR bertanding ialah 13 orang
  • GRS menamakan Datuk Redonah Bahanda dan Ir Joeynodd Aiiko Roland Bansin sebagai calon bagi DUN Bandau dan Moyog

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!