Ibu Hafiz Suip meninggal dunia

Halizawati meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.
Halizawati meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip, Halizawati Salleh, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.

Hafiz memaklumkan berita duka itu melalui hantaran di media sosial.

"Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu," tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang lama dihidapinya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam pukul 9.40 malam.

Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang. - Awani

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip, Halizawati Salleh, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin
  • Hafiz memaklumkan berita duka itu melalui hantaran di media sosial
  • Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis
  • Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam pukul 9.40 malam
  • Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!