Mesej sayang jadi punca, suami berang bunuh pegawai kampung

Pegawai kampung itu dibunuh kerana cemburu. Foto Agensi
Pegawai kampung itu dibunuh kerana cemburu. Foto Agensi
A
A
A

TUBAN (INDONESIA)– Seorang pengawal keselamatan kilang bertindak membunuh pegawai keselamatan kampung selepas berang dan cemburu apabila mendapati mesej mesra antara mangsa dengan isterinya.

Insiden berdarah itu berlaku di Desa Jarorejo, Kecamatan Kerek, Kabupaten Tuban, pada pagi Rabu lalu, melibatkan suspek dikenali sebagai W, 50 tahun, dan mangsa Riyadi, 55 tahun, yang merupakan pegawai keselamatan di pentadbiran kampung berkenaan.

Menurut jurucakap Polis Tuban, Inspektor IPTU Siswanto, siasatan awal mendapati suspek memeriksa telefon bimbit isterinya selepas mengesyaki berlaku perubahan pada tingkah laku wanita itu.

“Suspek menemui perbualan WhatsApp bernada mesra yang disertai panggilan sayang antara isterinya dengan mangsa,” katanya.

Tidak dapat menahan kemarahan, W terus mencari mangsa yang ketika itu sedang mengambil air di kawasan tadahan milik penduduk kampung. Suspek membawa sebilah parang sebelum menyerang mangsa secara mendadak.

“Mangsa cuba melarikan diri ke rumah penduduk berhampiran, namun suspek terus mengejarnya.Mangsa akhirnya rebah di halaman rumah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” tambahnya.

Suspek kemudian menyerah diri di Balai Polis Kerek tidak lama selepas kejadian. Polis turut merampas senjata yang digunakan serta beberapa barangan lain sebagai bukti.

“Pelaku kini ditahan untuk siasatan lanjut. Motif utama kejadian dikenal pasti berpunca daripada cemburu dan perselisihan rumah tangga,” jelas IPTU Siswanto.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pengawal keselamatan kilang membunuh pegawai keselamatan kampung kerana cemburu
  • Insiden itu berlaku di Desa Jarorejo, Tuban
  • Suspek menemui perbualan mesra antara isterinya dengan mangsa melalui WhatsApp
  • W menyerang Riyadi dengan parang hingga menyebabkan kematian
  • Suspek menyerah diri kepada polis dan ditahan untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!