Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac depan - MetMalaysia

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 8 negeri dalam tempoh jam 11 malam ini hingga 3 pagi esokMonsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut. Foto hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 8 negeri dalam tempoh jam 11 malam ini hingga 3 pagi esokMonsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula Khamis ini (13 November) dan berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.

"Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko

kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau menasihati orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat sepanjang monsun dengan sentiasa memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline 1-300-22-1638. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula Khamis 13 November dan berterusan sehingga Mac tahun depan
  • Lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut
  • Hujan lebat berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah
  • Tiupan angin timur laut berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan
  • Orang ramai disaran bersiap sedia menghadapi kemungkinan episod hujan lebat dengan memantau maklumat cuaca melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial agensi itu, atau talian hotline

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!