174 aset, 24 agensi bersiap sedia hadapi Monsun Timur Laut - PKOB Gua Musang

Lima hingga tujuh episod hujan lebat diramal berlaku sepanjang Monsun Timur Laut. Gambar hiasan
Lima hingga tujuh episod hujan lebat diramal berlaku sepanjang Monsun Timur Laut. Gambar hiasan
A
A
A

GUA MUSANG - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang mempersiapkan 174 aset bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok dan berterusan hingga Mac tahun depan.

Pengerusi PKOB Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail berkata, aset berkenaan merangkumi tujuh jenis kenderaan termasuk bot, ambulans, lori dan pacuan empat roda dengan hampir 1,000 anggota daripada 24 agensi turut berada dalam siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Alhamdulillah, kami di peringkat daerah telah bersiap sedia sepenuhnya. Saya sendiri telah meninjau persiapan aset dan keperluan termasuk bakul makanan yang disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara," katanya kepada pemberita di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang pada Rabu.

Mohd Roshdi berkata, NADMA telah membekalkan sebanyak 400 bakul makanan bagi persiapan menghadapi MTL kali ini. 

Pada Isnin lepas, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh MTL 2025/2026 dengan hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PKOB Gua Musang mempersiapkan 174 aset untuk menghadapi Monsun Timur Laut hingga Mac tahun depan
  • Aset termasuk pelbagai jenis kenderaan dan hampir 1,000 anggota dari 24 agensi berada dalam siap siaga
  • NADMA menyediakan 400 bakul makanan untuk mangsa banjir
  • Lima hingga tujuh episod hujan lebat diramal berlaku sepanjang MTL
  • Hujan lebat berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!