Penjawat awam Kedah dapat bonus RM2,000

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 4,941 penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembayaran bantuan itu akan dibuat secara berperingkat pada Januari dan Mac 2026.
"Kerjasama erat antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran adalah kunci kejayaan dalam membangunkan negeri Kedah yang kita cintai ini.
"Sebagai menghargai usaha keras ini sukacita diumumkan kerajaan negeri telah meluluskan bantuan khas kewangan ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM10 juta," katanya.

Beliau mengumumkan pemberian bantuan tersebut semasa membentangkan Belanjawan Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan, berpandukan data Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2024, prestasi ekonomi Negeri Kedah berkembang 4.2 peratus dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) RM54 bilion berbanding tahun 2023 sebanyak RM51.9 bilion.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan RM2,000 untuk 4,941 penjawat awam dan anggota pentadbiran
- Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengatakan pembayaran akan dibuat berperingkat pada Januari dan Mac 2026
- Kerjasama antara kepimpinan politik dan jentera pentadbiran merupakan kunci kejayaan pembangunan Kedah
- Jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan khas adalah sebanyak RM10 juta
- Prestasi ekonomi Negeri Kedah berkembang 4.2 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

