X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 105 kes baharu di Indonesia, jumlah kematian 58

Indonesia mencatatkan 105 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan keseluruhan 790 kes dengan tiga lagi kematian direkodkan.
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 105 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) hari ini menjadikan keseluruhan 790 kes dengan tiga lagi kematian direkodkan.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto dalam sidang akhbar petang ini berkata, ia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 58 kes.

"Dengan tambahan 105 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes di Indonesia kini 790. Jumlah keseluruhan kes semalam sepatutnya 685 kes (dan bukannya 686) kerana berlaku kesilapan, terdapat nama pesakit yang sama dimasukkan dua kali dalam senarai itu," katanya.

Berdasarkan pecahan kematian, Jakarta mencatatkan kematian tertinggi dengan 31 kes, Jawa Barat 10 kes, Banten dan Jawa Tengah masing-masing empat kes, Bali dan Yogyakarta masing-masing dua kes, manakala Kepulauan Riau, Jawa Timur, Sumatera Selatan, Sumatera Utara dan Sulawesi Selatan masing-masing mencatatkan satu kes. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!