Kes kematian pempengaruh Taiwan, polis akan mohon sambung reman Namewee

Polis akan memohon lanjutan reman terhadap Namewee (kanan) bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel pada bulan lalu.
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap Namewee (kanan) bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel pada bulan lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon lanjutan reman terhadap pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan perkara itu dan memaklumkan permohonan sambungan reman akan dibuat esok.

"Tempoh reman individu berkenaan tamat esok dan kita akan memohon lanjutan bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika pada Ahad.

Sebelum ini, Namewee direman selama enam hari sehingga 10 November bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Siasatan dijalankan susulan kematian pempengaruh wanita berusia 31 tahun dari Taiwan yang ditemukan tidak bernyawa di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.

Penyanyi itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas diminta memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Namewee memaklumkan menerusi hantaran di Facebook bahawa beliau baru tiba dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sebelum hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan dan membantu siasatan polis.

Sebelum ini, pihak polis memaklumkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk kemungkinan menahan individu terakhir yang dilaporkan bersama mangsa sebelum wanita itu ditemui maut.

Namewee dikatakan merupakan individu terakhir bersama pempengaruh berkenaan sebelum kematian individu tersebut.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Polis akan memohon lanjutan reman terhadap Namewee berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan
  • Permohonan sambungan reman akan dibuat untuk melengkapkan siasatan
  • Namewee direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes berkenaan
  • Siasatan dilakukan susulan kematian pempengaruh wanita berusia 31 tahun di sebuah hotel
  • Namewee dikatakan merupakan individu terakhir bersama mangsa sebelum kematian itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!