Warga emas pandu pacuan empat roda maut nahas empat kenderaan

TANGKAK - Seorang warga emas maut apabila kenderaan pacuan empat rodanya terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain berhampiran sebuah stesen minyak di Gerisek, Panchor di sini pada pagi Sabtu.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Satu, Rahimi Rahmat, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.44 pagi.
Susulan itu katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Light Rescue Tender (LFRT) serta 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 9 kilometer.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.52 pagi, kemalangan didapati melibatkan empat kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan lori 8 tan.
"Pemandu Toyota Hilux, seorang warga emas lelaki berusia 60-an, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Rahimi berkata, lain-lain mangsa melibatkan tiga lelaki dewasa serta seorang warga emas wanita dan seorang wanita dewasa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Operasi berjaya dikawal pada jam 10.08 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.16 pagi," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Gerisek, Panchor
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.44 pagi
- Kemalangan melibatkan Toyota Hilux, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan lori 8 tan
- Pemandu Toyota Hilux, seorang warga emas lelaki berusia 60-an, meninggal di tempat kejadian
- Mangsa lain meliputi tiga lelaki dewasa, seorang warga emas wanita dan seorang wanita dewasa selamat tanpa kecederaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
