Dua beranak maut motosikal hilang kawalan bertembung pacuan empat roda

Nahas membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang, Tangkak. - Foto: Tular media sosial
Nahas membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang, Tangkak. - Foto: Tular media sosial
A
A
A

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, penunggang motosikal berusia 52 tahun bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Lelaki berusia 27 tahun yang memandu Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan, manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi had laju dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa memandu bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!