Sultan Nazrin berkenaan biaya makanan, minuman 9,900 prospek di Perak

Ab Wahab (tengah) menyampaikan replika cek kepada Tanabal (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Makanan dan Minuman Kepada Prospek sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak pada Jumaat. Foto Bernama
Ab Wahab (tengah) menyampaikan replika cek kepada Tanabal (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Makanan dan Minuman Kepada Prospek sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

BATU GAJAH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan dan minuman kepada 9,900 prospek yang sedang menjalani hukuman di tujuh institusi penjara di Perak bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-69 yang disambut hari ini.

Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan berkata, Sultan Nazrin sentiasa prihatin dan mengambil berat akan nasib serta kebajikan prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara di negeri ini.

Beliau berkata, kesemua prospek di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Koreksional Batu Gajah, Pusat Koreksional Chenderiang, Penjara Satelit Kuala Kangsar dan Rumah Perantaraan Negeri Perak diberikan sumbangan makanan dan minuman.

"Sesungguhnya, negeri Perak amat bertuah dinaungi baginda sultan yang berjiwa rakyat dan berhati mulia. Dalam hal ini, baginda tidak pernah jemu memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri Perak sentiasa terpelihara.

"Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Shah amat terkenal sebagai seorang raja yang sentiasa prihatin dan tidak putus-putus berusaha untuk menghulurkan bantuan kebajikan kepada segenap lapisan rakyat di negeri Perak yang memerlukan tanpa sesekali membezakan latar belakang, bangsa mahu pun agama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Makanan dan Minuman Kepada Prospek sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Koreksional Batu Gajah di sini.

Turut hadir, Pegawai Daerah dan Tanah Kinta Zulhisham Ahmad Shukori serta Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, Penolong Komisioner Penjara S Tanabal.

Sementara itu, Tanabal dalam ucapannya berkata, Sultan Nazrin berkenan menyumbangkan sejumlah RM118,800 bagi tujuan penyediaan makanan dan minuman kepada prospek di tujuh institusi penjara di negeri ini.

"Sesungguhnya, sumbangan ini bukan hanya memenuhi keperluan jasmani para penghuni institusi, tetapi juga menjadi lambang kasih dan keprihatinan seorang Raja terhadap rakyatnya, tanpa mengira latar belakang atau kedudukan.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan serta pembentukan insan yang lebih baik, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan dasar pemulihan yang digagaskan oleh Jabatan Penjara Malaysia," katanya. - Bernama

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah membiayai hidangan makanan dan minuman kepada 9,900 prospek di tujuh institusi penjara di Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-69
  • Sultan Nazrin sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang nasib serta kebajikan orang yang menjalani hukuman
  • Sumbangan makanan dan minuman diberikan kepada prospek di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting, dan institusi lain di Perak
  • Sultan Nazrin Shah dikenali sebagai raja yang berjiwa rakyat dan berhati mulia, yang sentiasa berusaha menghulurkan bantuan kebajikan kepada semua lapisan rakyat
  • Sumbangan sejumlah RM118,800 digunakan bagi penyediaan makanan dan minuman, simbol kasih dan keprihatinan Sultan terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!