Taktik hantar anak ke rumah datuk terbongkar, janda, duda dicekup khalwat

Tangkap layar menerusi laman Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025 tentang tangkapan khalwat berkenaan.
Tangkap layar menerusi laman Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025 tentang tangkapan khalwat berkenaan.
A
A
A

KOTA TINGGI – Taktik seorang wanita berstatus janda menghantar dua anaknya ke rumah datuk semata-mata mahu berduaan dengan kekasihnya akhirnya memakan diri apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada Khamis.

Dalam satu kenyataan di laman facebook Penguatkuasa JAINJ 2025, serbuan itu dijalankan pada jam 11.30 malam setelah menerima aduan awam berhubung kegiatan mencurigakan di kediaman wanita berusia 40-an berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, pasukan penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka oleh wanita berkenaan yang ketika itu berpakaian t-shirt dan berseluar panjang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki berusia 50-an turut berada di dalam rumah tersebut.

“Pasangan berkenaan juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau bukti bahawa mereka mempunyai hubungan mahram,” menurut kenyataan tersebut.

Berdasarkan siasatan awal, wanita tersebut mempunyai dua anak remaja yang lazimnya tinggal bersamanya.

Namun setiap kali lelaki berkenaan datang, wanita berkenaan akan menghantar kedua-dua anaknya ke rumah ibu bapanya yang tidak jauh dari situ.

Penduduk kampung mendakwa kegiatan tidak bermoral itu telah lama berlaku walaupun mereka sudah beberapa kali menasihatinya supaya berubah.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ringkasan AI

  • Kota Tinggi - Seorang janda hantar anak ke rumah datuk untuk bersama kekasih dicekup berkhalwat
  • Serbuan dilakukan selepas aduan awam tentang aktiviti mencurigakan di rumah wanita itu
  • Wanita dan lelaki berkeadaan di dalam rumah ketika penguatkuasa datang
  • Anak-anak wanita itu biasanya dihantar ke rumah datuk bila lelaki tersebut datang
  • Pasangan ini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!