Pangkalan haram: Dua lagi lokasi baharu rentas sempadan dirobohkan

Polis Kelantan merobohkan dua lagi pangkalan haram di Tanah Merah dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan di Sungai Golok yang terletak bersebelahan dengan Thailand. - Foto PDRM
Polis Kelantan merobohkan dua lagi pangkalan haram di Tanah Merah dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan di Sungai Golok yang terletak bersebelahan dengan Thailand. - Foto PDRM
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan merobohkan dua lagi pangkalan haram di Tanah Merah dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan di Sungai Golok yang terletak bersebelahan dengan Thailand.

Pangkalan haram yang dikenali sebagai Dua Riya dan Nusi itu dirobohkan pada Selasa menerusi kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Tanah dan Galian serta pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini sudah empat pangkalan haram yang telah dirobohkan termasuk MCA dan Gergaji di Rantau Panjang.

"Kerja-kerja merobohkan pangkalan haram ini akan terus dilakukan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pangkalan haram yang dikenali sebagai Dua Riya dan Nusi itu dirobohkan pada Selasa menerusi kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pejabat Tanah dan Galian serta pihak berkuasa tempatan. - Foto PDRM

Menurut beliau, proses itu dijangka mengambil masa selama dua bulan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aktiviti perobohan kesemua 223 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Jeli bermula pada 28 Oktober lalu.

Perobohan tersebut dijangka akan mengambil masa dalam tempoh dua bulan dan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan merobohkan dua lagi pangkalan haram di Tanah Merah untuk mencegah jenayah rentas sempadan
  • Pangkalan haram Dua Riya dan Nusi dirobohkan dengan kerjasama ATM, Pejabat Tanah dan Galian serta pihak berkuasa tempatan
  • Setakat ini, empat pangkalan haram termasuk MCA dan Gergaji di Rantau Panjang telah dirobohkan
  • Kerja-kerja merobohkan pangkalan haram akan dilakukan dari masa ke masa
  • Proses perobohan dijangka mengambil masa selama dua bulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!