Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada kakitangan awam Kelantan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada negeri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, selain itu Bantuan Khas Kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada lantikan-lantikan politik yang mana jumlahnya akan ditentukan oleh pihak kerajaan negeri.
"Bayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada awal bulan Mac 2026, bagi meringankan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.
"Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, bahawa dengan ini saya umumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan," katanya pada Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurut beliau, tempoh tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh satu bulan bermula 1 Disember hingga 30 Disember ini tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025.
Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
- Bantuan ini juga dipanjangkan kepada lantikan politik dengan jumlah yang ditentukan oleh kerajaan negeri
- Bayaran bantuan akan disalurkan pada awal bulan Mac 2026 untuk meringankan persiapan Aidilfitri dengan implikasi kewangan RM4.97 juta
- Pemberian diskaun 90% untuk tunggakan denda cukai tanah diumumkan sebagai inisiatif kerajaan negeri
- Tempoh tawaran diskaun cukai tanah berlangsung dari 1 Disember hingga 30 Disember
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

